WAKAF KAUTHAR KOPTNB
RM 160.00
0
Description
Anda mencari peluang untuk mendapat pahala berterusan sehingga ke akhirat? Mari beramal dengan wakaf telaga.
Amalan wakaf adalah sangat digalakkan dalam Islam, termasuk wakaf telaga.
Ini kerana amalan wakaf merupakan salah satu sedekah jariyah yang mana pahalanya akan berterusan mengalir, meskipun selepas seseorang itu meninggal dunia.
Kenapa Kita Digalakkan Untuk Membuat Wakaf Telaga?
Dalil yang kuat datangnya daripada Rasulullah S.A.W.
Daripada Abu Hurairah r.a., baginda telah bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:
Ilmu yang diajar dan disebar
Anak soleh yang ditinggalkan
Mushaf al-Quran yang diwariskan
Masjid yang dibina
Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan
Sungai yang dialirkan untuk kepentingan orang ramai
Sedekah yang dikeluarkan dari harta ketika sihat dan hidup”
Riwayat Ibn Majah, Hadis ke 242